Friday, August 19, 2011

Jaundis @ Kekuningan Pada Bayi



Jaundice Pada Bayi Yang Menyusu Ibu

Adalah biasa bayi mendapat jaundis pada minggu pertama. Ia mula kelihatan pada hari kedua dan hilang selepas hari ke sepuluh. Bilirubin dikeluarkan dalam najis dan bukannya dalam kencing. Rawatan jaundis hanya perlu jika jaundis menjadi lebih tinggi.




Terdapat 2 jenis jaundis dalam bayi yang menyusu Ibu:

1. Jaundis Penyusuan Ibu (Breast Feeding Jaundice)
  • Ia adalah jaundis fisiologi yang berlebihan yang disebabkan kurang pembuangan bilirubin dalam najis. Ini disebabkan penyusuan ibu yang tidak mencukupi.
  • Sebanyak 3% dari bayi menyusu ibu mempunyai para SB > 12.9 mg % . Bagi bayi yang menyusu obu paras sehingga 15.5 gm % masih diterima sebagai jaundis fisiologi
  • Jaundis biasanya dikesan 3 - 4 hari selepas lahir dan hilang selepas bayi berumur 2 minggu

Faktor Yang Menyebabkan Jaundis Penyusuan Ibu
  • Kurang susu ibu atau penyusuan ibu yang tidak kerap
  • Pemberian air atau minuman tambahan kepada bayi

Faktor Berikut Boleh Membantu Mengelakkan Jaundice Penyusuan Ibu
  • Penyusuan yang lebih kerap 8 - 12kali dalam 24 jam siang dan malam
  • Penyusuan yang efektif
  • Pembuangan najis yang kerap
  • Jangan diberi air tambahan kepada bayi
  • Beri susu ibu perahan untuk menambah pengambilan susu
  • Jangan berhenti penyusuan ibu
  • Jangan beri susu formula
  • Nilai semula jika SB > 15.5 gm %
2. Jaundis Susu Ibu
  • Jaundis yang berpanjangan yang disebabkan sesuatu bahan (tidak dikenali) yang mungkin terdapat dalam susu ibu
  • Insiden kurang dari 1%
  • Mula dikesan selepas 1 hari dan kekal dari 3 minggu hingga 3 bulan
  • Bayi berkeadaan normal, sihat, berat badan meningkat dan mempunyai najis yang normal
Boleh menggunakan Tonik Hati Aljabbar dengan cara mencampurkan serbuk dari capsul (bagi kepada 3 pecahan) kedalam air minuman yang akan diberi kepada bayi.. 1 pecahan pagi, 1 pecahan petang dan 1 pecahan malam.. Insyaallah...

No comments: